♥JeNiS-jEnIs CiNtA♥

Tuesday, December 22, 2009

Ni la gambar terbaru ak..wit mom n haikal..x de bnda la share ngan korang..x tau nk update per..x de idea..tp aritu ak de bce notes friends ak kat fb..cm menarik jek..tentang jenis-jenis cinta..jom baca!!!!

JENIS-JENIS CINTA

CINTA ROMANTIK
~Biasanya aspek fizikal di utamakan, cinta pandang pertamalah konon... Cinta jenis ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan seksual yang kuat.


CINTA SUKA-SUKA
 
~Digayakan oleh individu yang tak mahukan sebarang komitmen. Suka menggoda tapi tidak mahukan hubungan intim, kurang mesra dan tiada perancangan jangka panjang.



CINTA SAHABAT
 
~Lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi dalam perhubungan mereka. Mereka berada pada kategori cinta ini biasanya jarang merajuk dan berasa cemburu. Seandainya perpisahan terjadi, ia tidak menimbulkan kerisauan.



CINTA GILA
~Mereka melampau dalam mencintai, sentiasa di obsesi oleh kekasih, cemburu buta dan suka mengongkong pasangan.



CINTA LOGIKA
~Cirinya praktikal dan realistik. Individu yang menggayakan cinta ini suka memikirkan keuntungan peribadi. Mereka inginkan keserasian latar belakang masing-masing dan perasaan cinta hanya akan timbul setelah membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.


CINTA TERKORBAN
 
~Mereka berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka lebih mementingkan kebahagiaan pasangannya berbanding diri sendiri. Mereka sering ditindas dan dimanipulasikan oleh pasangannya.

0 comments:

Post a Comment